Membuat Buku Kerja Baru
Langkah-langkah untuk membuat buku kerja baru ada sebanyak tiga buah, yaitu:
• Menggunakan menu File : New
• Menekan ikon new pada palang peralatan (toolbar)
• Menekan tombol Ctrl + N secara bersama-sama
Memasukkan Data
Di dalam helaian kerja Microsoft Excel 2000, bentuk data boleh dikategorikan kepada 3 bentuk: iaitu bentuk teks (labels), nilai (values) dan perkiraan (formula termasuk tarik dan masa).
Teks (Labels)
Teks atau label merupakan huruf, nomor, ruang kosong dan karakter bukan numeric. Secara default teks akan dijajar (align) ke sebelah kiri. Satu sel dapat menerima hingga 255 karakter (character).
Nilai (Value)
1. Terdiri dari karakter-karakter berikut: 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 + - ( ) , / $ % E e
2. Letakkan simbol - atau ( ) untuk nilai negative
3. Secara default, nombor akan dijajar ke sebelah kanan sel
4. Menerima hanya 15 digit nomor
5. Letakkan ‘ di hadapan nomor untuk menjadikan nombor sebagai teks atau formatkan sel tersebut sebagai teks. Format: Cells : Number : Text
Cara memasukkan data:
• Klik di sel dimana perlu isi data
• Tetapkan isi yang dikehendaki
• Tekan tombol ENTER atau tekan tombol arah untuk menerima data tersebut. Enter atau tanda panah bawah akan memasukkan data mengikut jalur (ke bawah) dan Tab atau tanda panah kanan akan memasukkan data mengikut baris (ke kanan). Shift+Enter akan mengaktifkan sel di atas (sebelumnya) dan Shift+Tab akan mengaktifkan sel kiri.
• Tekan Esc atau Cancel untuk membatalkan memasukan data.
Memilih Data
Memahami cara memilih data di Microsoft Excel sangat penting sebab kebanyakan tindakan dan option berfungsi ke atas data yang telah dipilih terlebih dahulu.
Memilih beberapa data berterusan
• Klik di sel permulaan yang perlu dipilih.
• Klik kiri pada mouse dan seret hingga ke sel terakhir yang perlu dipilih dan lepaskan tekanan. (Kelihatan semua sel tersebut dihitamkan kecuali sebuah sel).
• Klik option atau ikon yang perlu digunakan untuk melakukan tindakan yang seterusnya.
Memilih data yang tidak berturutan
• Klik sel-sel yang perlu dipilih pada baris atau lajur.
• Tekan tombol CTRL dan klik data lain di dalam pilihan. Lakukan sehingga semua data yang diperlukan dipilih.
• Klik ikon atau tombol arahan untuk melaksanakan tindakan seterusnya ke data yang telah dipilih.
Mengedit data
Menambah isi dalam sel yang sudah ada
• Klik 2X di sel yang perlu dibuat perbaikan.
• Klik 1X di kedudukan abjad dimana perlu ditambah isinya supaya petunjuk kursor berada di tempat tersebut.
• Tetapkan isi tambahan dan tekan tombol ENTER.
Menghapus keseluruhan data dalam suatu sel
• Pilih sel atau beberapa sel yang perlu dihapus
• Tekan tombol DELETE
Menghapus sebagian isi dalam sel
• Klik 2X di sel yang perlu dibuat perbaikan.
• Klik dan seret untuk memilih isi yang perlu dihapus.
• Tekan tombol DELETE dan tekan tombol ENTER.
Selasa, 14 Februari 2006
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar